fbpx

Senang Je Nak Buat Pavlova. Rangup Dan Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan.

iCookAsia

Jika sebelum ini korang bukan penggemar Pavlova kerana pencuci mulut yang dijual di kedai terlalu manis dan buat korang sakit gigi. Apa kata cuba sendiri membuatnya di rumah, tak susah pun. Ikut sahaja resipi perkongsian Azizi Rais. Senang dan confirm jadi.

 

Bahan :

2 biji Putih telur

100 gm Gula aising

1 sb Tepung jagung

1/2 tk Cream of tartar / Jus lemon

 

Topping :

150 ml Whipping cream

Buah buahan segar

Cara :

  1. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar atau jus lemon.
  2. Masukkan pula gula aising sedikit demi sedikit. Putar laju dengan adunan menjadi betul-betul kental sekitar 10 hingga 15 minit atau lebih.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Gaul sebati.
  4. Cedokkan adunan dan letakkan di atas tray yang telah dilapik dengan kertas minyak. Ratakan, boleh juga dipaipkan.
  5. Bakar pada 130c menggunakan api atas bawang selama 1 jam 30 minit. Bakar pada suhu yang rendah untuk mendapatkan warna seakan vanilla white. Suhu yang tinggi akan menyebabkan pavlova menjadi hangit dan dark brown. Pavlova akan mengembang dua inci daripada saiz asal. Sejukkan.
  6. Dalam bekas yang lain, pukul whipped cream sehingga kental dan sapukan di atas pavlova tadi. Boleh juga dipaipkan untuk mini pavlova.
  7. Potong buah-buahan segar dan susun di atas pavlova. Boleh gunakan strawberi, kiwi, mangga, anggur, peach dan sebagainya.
  8. Sejukkan untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan.

Kredit resipi & foto : Azizi Rais

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

 

 

 

 

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x