in , , ,

Senang Sangat Buat Mochi Rupanya. Terjamin Halal Dan Boleh Makan Sepuas Hati.

Ramai penggemar Mochi di sini dan tahukah korang cara nak membuatnya cukup mudah. Bila buat sendiri, sudah pasti terjamin kebersihan dan status halal. Dan boleh makan sepuas hati

Terima kasih Tengku Maya atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 cawan Tepung pulut

3/4 cawan Tepung pulut – sangai

Sedikit air atau sedikit santan

3 sb Susu tepung

Secubit garam

1 sudu 1/2 gula kastor

 

Cara :

  1. Masukan tepung pulut, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan air atau santan dan kacau lagi sehingga sebati. Adunan akan pekat seperti susu pekat manis.
  3. Kukus adunan dalam loyang selama 10 minit.
  4. Sementara itu taburkan tepung yang disangai itu ke dalam talam.
  5. Ambik adunan yang dikukus tadi dan letakkan atas tepung yang ditabur dan gelek.
  6. Ambil acuan lompang dan letakkan adunan di atasnya supaya mudah untuk dipotong dan dibulatkan.
  7. Masukkan inti dan terbalikkan dan bulatkan. Boleh letakkan inti kacang merah.
  8. Jika melekat di tangan, tambahkan tepung yang disangai tadi untuk kurangkan mochi melekat.

Kredit resipi & foto : Tengku Maya

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0