in ,

Sesekali Teringin Ikan Bakar, Boleh Ikut Cara Membuat Rempahnya Dari Resepi Ini. Hasilnya Memang Sedap.

Kalau anda sudah bosan dengan teknik memasak Ikan Goreng, boleh cuba cara Bakar dimana ianya lebih sihat dan sedap berjus. Apabila menggunakan teknik membakar ini, lebih sedap jika ada rempah nya tersendiri. Tidak ramai yang tahu, jadi disini Admin kongsikan cara membuat Rempah Ikan Bakar daripada seorang pengguna Facebook ini. Jom cuba!

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian cara membuat Rempah Ikan Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kering yang dah dikisar

Belacan

Asam jawa

Nisan

Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar:

Bawang besar, merah, putih

Serai

Daun limau purut

Daun kesum

Daun kunyit

Bunga kantan 

Sedikit lengkuas dan  kunyit hidup

Cili padi

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kering hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bahan kisar masak sehingga naik bau.
  3. Belacan, nisan, asam jawa dan sedikit air gula dan garam. 
  4. Biarkan sehingga masak. Siap. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0