fbpx

Setiap Kali Raya Mesti Kena Ada Biskut Mazola Ini, Memang Sedap Rasanya

iCookAsia

Setiap kali raya mesti rasa nak buat kuih raya kan? Anda semua boleh lah masukkan resepi Biskut Mazola ini dalam list tau. Lagi senang dengan adanya resepi mudah ini, ikut sahaja setiap langkah yang telah dikongsikan oleh wanita ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Haslinda Husin perkongsian resipi Biskut Mazola ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak dan blend guna blender kering)

1/2 cawan gula icing (kisar dan ayak)

2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)

1 cawan minyak Mazola

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kacang kisar, gula icing dan tepung gandum serta gaul sebati.
  2. Seterusnya, tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit. Uli dan gaul.
  3. Kalau sudah okay, boleh bulat-bulatkan atau tekap guna acuan yang disukai.
  4. Untuk hiasan atas, gunakan lebihan kacang tadi dan sapukan telur kuning.
  5. Kemudian, masak dalam oven pada suhu 150°c dengan masa 20 minit mengikut oven masing-masing.
  6. Akhir sekali, jika sudah siap tunggu sejuk baru masukkan dalam balang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haslinda Husin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x