fbpx

Siap-siap Buat Kuih Karipap Dan Samosa Frozen. Buat Sendiri, Baru Puas Hati Dengan Hasil Tangan Sendiri.

iCookAsia

Makanan yang beku atau frozen ini memang diciptakan untuk memudahkan proses memasak kita. Makanannya sudah pun siap, hanya tinggal untuk digoreng sahaja. Tetapi, kalau anda beli frozen food di luar, cara pembuatan dan bahan yang digunakan pun tidak tahu daripada mana, bahan yang sihat atau tidak, berkualiti atau pun tidak. Betul tak?

Jadi, apa kata anda sendiri sediakan frozen food ini dan boleh lah buat banyak banyak. Bulan puasa ini, sangat sesuai lah kalau sediakan untuk sahur. Tak perlu dah bangun awal-awal untuk memasak. Yang ini, anda hanya perlu goreng dan siap. Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Karipap dan Samosa ini 🙂

Bahan-bahan untuk Inti:

3 biji kentang

Isi ayam (lagi banyak lagi sedap)

1 biji telur

1 sudu besar serbuk kari

3-4 sudu besar minyak masak

1 tangkai daun kari

Gula, garam dan perasa (jika suka)

2 ulas bawang putih

1 cm halia dan sedikit air

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Caranya:

  1. Ketuk bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan serbuk kari. Biarkan pecah minyak. Masukkan daun kari.
  3. Masukkan kentang dan isi ayam. Masukkan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air nak bagi kentang empuk.
  4. Apabila kuah sudah pekat dan kentang sudah empuk. Masukkan telur. Kacau rata. Tutup api.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.

Bahan untuk Kulit Karipap:

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan air

1 sudu besar marjerin – dipanaskan

Secubit garam

 2 susu teh air kapur

Caranya:

  1. Tepung, air kapur, marjerin panas dan garam digaul sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh. Uli seketika. Rehatkan 30 minit. Siap untuk dicanai.

Cara membuat Kulit Samosa:

  1. Kulit popia yang bersaiz kecil dipotong dua. Lipat bentuk tiga segi. Masukkan inti dan lipat hingga habis. Bahagian akhir sekali, lebihan kulit popia tu sapu dengan gam iaitu tepung gandum(1 sudu besar tepung gandum + 2 sudu besar air)

Nota: Bakar 3-5 minit suhu oven 150 atau ikut suhu oven masing-masing. Untuk frozen pula, nak makan baru goreng guna minyak, 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x