Pad Kra Pao ini antara hidangan popular di Thailand dan wajib makan jika berkunjung ke sana. Namun entahkan bila dapat berkunjung dengan situasi Covid-19 yang melanda, cuba ikut resipi perkongsian Ella Hamzah. Jelasnya resipi ini diperolehi daripada seorang sahabat di Thailand. Sedap giler okay!
Bahan :
300 gm Isi ayam – potong kecil atau cincang
1/2 labu Bawang putih
10 biji Lada merah siam
100 gm Daun kemangi – lagi banyak lagi sedap
Sos tiram
Kicap sotong
Kicap pekat manis
Garam / Pati ayam
Cara :
- Tumbuk bawang putih dan lada merah siam tetapi jangan sampai lumat.
- Tumis bahan tumbuk sebentar dan kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
- Masukkan sos tiram, kicap sotong, kicap pekat manis sedikit dan garam. Jika letakkan pati ayam, tak perlu letakkan garam.
- Akhir sekali masukkan daun kemangi.
- Pilihan – nak masukkan bawang besar pun boleh. Tak mahu tiada masalah.
Kredit resipi & foto : Ella Hamzah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/