Biasanya kalau kita beli daun kesum, mesti tak tahan lama sangat kan? Daun kesum ni sifat daun kan, jadi ia sensitif sikit, susah disimpan sebab cepat layu. Tapi anda dah tak perlu risau, sebab Admin akan kongsikan tips simpan daun kesum supaya dapat tahan lebih lama!
Terima kasih Effa Latifah Hashim untuk perkongsian tips menyimpan daun kesum 🙂
Tips Menyimpan Daun Kesum Supaya Tahan Lama:
- Masukkan setengah air tapis di dalam cawan plastik yang beserta penutup.
- Letak daun kesum ke dalam bekas cawan dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
- Bila nak guna baru buka penutup, ambil beberapa untuk masak, tutup semula cawan tersebut dan simpan dalam peti ais.Â
Nota:
Kalau air keruh, boleh tukar yang baru dengan amaun yang sama.
Tips ni bagus kalau try dekat rumah, boleh berjimat musim PKP ni 😉
Kredit tips dan gambar: Effa Latifah Hashim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.com
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos