fbpx

Snack Yang Bikin Ketagih, Kerepek Terung. Memang Sedap Dan Sangat Rangup!

iCookAsia

Sekarang ini, sayur-sayuran pun boleh dijadikan snack dengan cara mudah iaitu menggoreng dengan tepung bestari. Tetapi, hari ini Admin nak kongsikan satu resepi daripada seorang pengguna Facebook iaitu Kerepek Terung atau Terung Chips. 

Tak pernah rasa kan? Jadi ini lah masanya untuk anda cuba. Memang rangup dan boleh bikin ketagih. Jom cuba!

Terima kasih Siti Amirah untuk perkongsian resipi Terung Crispy ini 🙂

       `

Bahan-bahan:

1 biji terung

2 ulas bawang putih

Sedikit garam 

½ sudu makan serbuk ketumbar

½ serbuk cili 

½ serbuk kari daging

1 sudu makan tepung jagung

Sedikit gula

Daun Kari secukupnya

Cara penyediaan:

1. Sagat terung sebatang. Untuk terung ni memang besar dan cukup sebatang. Tapi kalau kecil saiz terung ini boleh buat 2 biji.

2. Cincang bawang putih sebanyak 2 ulas. Taburkan.

2. Letakkan sedikit garam.


3. Kemudian masukkan ½ sudu makan serbuk ketumbar, serbuk cili separuh sudu makan, serbuk kari daging separuh sudu makan.


4. Kemudian, masukkan tepung jagung 1 sudu. Sekatakan dan tabur.


5. Tambah gula bagi rasa berlemak dan tambah separuh cawan air bagi mudahkan kita nak gaul.


6. Goreng sikit-sikit untuk jadikan crispy. Goreng sekali dengan daun kari 4-5 helai.


7. Selepas itu, sambung goreng lagi dan tambah daun kari yang baru 4-5 helai.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Amirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x