fbpx

Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Dalam Tin, Lebih Enak dan Berlemak!

iCookAsia

Spaghetti carbonara tanpa sos dalam tin. Lebih sedap dan enak, anak-anak pun suka. Masak banyak-banyak terus boleh buat terus makan tengah hari dan malam. Senang sikit ibu tak payah masak banyak kali. 

Terima kasih Nurul Husna Mohamed Daud untuk perkongsian resepi Spaghetti Carbonara ini 🙂

 

Bahan-bahan:

1 paket spageti

2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak (kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh)

Marjerin + minyak (untuk menumis)

Daging cincang

Bawang merah (didadu)

1 sb tepung gandum

Cendawan dan sosej

3 keping Cheese slice

Lada hitam kisar atau tumbuk

Perisa maggi cukup rasa

Garam dan gula

Parsley dan oregano (kalau tiada pun takpe)

Cara memasak:

1. Rebus spageti terlebih dahulu sampai lembut dan letak minyak masak 2 sb, untuk elakkan dia dari melekat masa sejuk.

2. Panaskan majerin + minyak, dan tumis bawang hingga masak dan naik bau dan sedikit garing.


3. Masukkan tepung gandum, kacau lagi dan masukkan lada hitam serta daging, kacau lagi sampai naik minyak.

4. Masukkan cendawan dan sosej, dan ready masuk susu.


5. Bila susu dah menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula garam serta perisa.


6. Masukkan parsley atau oregano.

Bila sejuk kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab ada gandum dan cheese, jangan bimbang kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Husna Mohamed Daud

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x