fbpx

Sudah 30 Tahun Perniagaan Bahulu Ini Tapi Masih Ramai Yang Cari!

iCookAsia

Siapa di sini suka makan Bahulu? Apatah lagi Kuih Bahulu yang masih menggunakan cara tradisional di mana ia akan menghasilkan rasa yang sangat unik dan berbeza. Nampak lain daripada yang lain. Mesti tak cukup kalau makan satu sahaja. 

Satu perniagaan Bahulu di Banting telah menerima satu kunjungan yang hebat di mana mereka menjual Bahulu yang dibakar menggunakan cara tradisional iaitu sabut. Perniagaan ini dikenali sebagai Bahulu Tradisional Rodiah. Ia bermula pada tahun 1992 dan resepi bahulu ini merupakan resepi turun temurun dari ibu mentua pengusaha bahulu ini.

Mesti ramai yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Bahulu Rodiah ini kan? Jom kita tahu serba sedikit betapa menariknya perniagaan ini.

“Perniagaan ini dari zaman kecil lagi, dahulu jual Bahulu Lapis sahaja, sekarang sudah ada saiz yang kecil”

Pengusahanya, Lily Suzana berkata, ini berikuta kerana ia masih mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi pilihan ramai orang dek kerana keunikan rasa berbanding bahulu yang dibakar dengan cara yang moden. Bukan itu sahaja, perniagaan ini dikatakan sudah lama berhenti proses perniagaannya dan ia kembali beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nak diceritakan, rezeki datang tidak disangka-sangka, permintaan untuk bahulu ini sangat tinggi sehingga sekarang.

Setiap perniagaan yang dilakukan mesti akan ada sesuatu yang sangat special sehingga ramai yang tercari-cari akan bahulu ini. Apa yang menarik dan special nya di sini, ia masih mengekalkan cara pembakaran tradisional iaitu dengan menggunakan sabut. Bahulu original memang sangat mudah untuk dicari tapi tidak dengan menggunakan sabut kerana ia perlu mempunyai tenaga yang kuat di mana mereka perlu “bermain” dengan asap tersebut. 

“Di sini ada pelbagai perisa seperti chocolate, choc rice, blueberry, pandan, pandan choc dan juga orange”

Wah menarik kan? Kalau anda inginkan sedikit kelainan dalam menikmati bahulu, boleh cari dan tempah dari Bahulu Rodiah ini. Terdapat pelbagai jenis bahulu juga seperti Bahulu Kemboja, Lapis dan Cermai. Sepertimana yang diperkatakan di atas, ia juga dijual dalam saiz yang kecil dimana anda boleh dapat bahulu ini dalam satu pack atau bekas, di dalam ia mengandungi sebanyak 24 biji. Sangat puas hati! Makan sambil tengok cerita pun seronok. Tambahan pula, bahulu ini boleh bertahan selama 3 minggu tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.

Tempahan yang biasa dibuat sebelum ini dalam masa sehari adalah dalam beratus biji, ada juga sehingga mencecah 1000 packaging. Setelah pkp, ianya dikurangkan sedikit. 

“Kenapa masih gunakan sabut?”

Ini kerana permintaan sangat tinggi dan ramai yang datang hanya ingin rasakan bahulu yang dibakar menggunakan cara ini. Ianya mungkin disebakan aroma bahulu tersebut yang lagi sedap dan teksturnya yang rangup. Bukan itu sahaja, rasa. Pelanggan boleh tahu dengan automatiknya yang ia memang dibakar menggunakan sabut.

Jika anda sedang mencari sesuatu untuk diberikan kepada tetamu jemputan pada majlis perkahwinan ataupun sambutan hari raya, di sini ada menyediakan khidmat goodies juga. Sangat mudah dan sesuai untuk apa-apa majlis.

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x