Selepas kisar bahan-bahan memasak ni, mesti pengisar tu berbau busuk atau susah nak hilangkan bau tu kan, jadi bahan masakan yang kita nak blend lepas tu akan berbau.Bukan itu sahaja tau, bila kita tidak bersihkan blender kita dengan cara yang betul, masakan yang kita nak masak akan hasilkan rasa yang sangat berbeza, mula lah masakan tu dah jadi tak sedap. Mesti korang taknak masakan kita akan terjejas hanya kerana perkara tu. Jadi, jangan risau, ini dia cara yang korang boleh guna untuk hilangkan bau tersebut.
Terima kasih Hajar Ibrahim untuk perkongsian tips hilangkan bau pengisar ini 🙂
Bahan-bahan:
Garam kasar
Air suam
Pencuci pinggan
Cara-cara:
- Masukkan garam ke dalam pengisar.
- Seterusnya, masukkan air suam.
3. Masukkan pencuci pinggan ke dalam pengisar tersebut.
4. Akhir sekali, kisar dan cuci seperti biasa.
Mudahkan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Hajar Ibrahim(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos