fbpx

Tak Perlu Guna Oven Kalau Nak Masak Pizza, Buat Je Pizza Kuali Ni. Boleh Guna Resipi Yang Sama Untuk Buat Roti Dan Donut.

iCookAsia

Kalau sebelum ini nak buat pizza, wajib ada oven kan? Tapi sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan untuk menyediakan pizza di rumah, yang penting kreativiti.

Seperti resipi dan idea yang dikongsikan Murni Rahmat ini, mudah sahaja cara penyediaan pizza di rumah menggunakan kuali. Turut disertakan langkah demi langkah sebagai panduan. Resipi doh yang sama boleh digunakan untuk roti, donut dan pau.

 

Bahan doh :

1 kg Tepung gandum

1 cawan Air suam

2 sb Minyak masak

1 pek Mauripan

1 sb Gula

Secubit garam

 

Cara :

  1. Uli semua bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit.

Bahan Topping :

Bawang Holland

Bawang putih

Sos pasta tradisional

Sosej

Ayam

Cendawan butang

Nanas

Tomato

Cheese Mozarella & Cheddar

Seafood

 

Cara :

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga wangi, kemudian masukkan bahan yang lain kecuali cheese. Tumis sehingga masak dan perasakan dengan garam dan lada hitam.

Jika tiada sos pasta, gunakan resipi ini.

 

Bahan :

3 ulas Bawang putih

1 biji Bawang besar/Holland

1 sudu kecil Mix herbs

1 kiub Ayam

2 sudu besar Tomato puree

3 biji Tomato

 

Cara :

  1. Potong halus bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang dan tomato yang dikisar. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan tomato puree atau sos tomato dan tambahkan mix herbs dan kiub ayam.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

 

Langkah :

  1. Gaul tepung dengan minyak.
  2. Kemudian tambah air dan uli lagi sekurang-kurangnya 5 minit sehingga tidak melekat pada tangan. Tutup dengan tuala dan rehatkan selama satu jam. (sukatan air perlukan dua cawan, satu cawan air dituangkan mauripan dan satu sudu gula. Biarkan lima hingga 10 minit sehingga berbuih dan baru campurkan bersama tepung dan uli menjadi doh.
  3. Selepas satu jam, doh akan naik dua kali ganda. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  4. Bahagikan doh kepada lima bahagian atau lebih.
  5. Bentukkan doh menjadi bulat dan leperkan. Rehatkan lagi 10 minit supaya doh naik sedikit dan letakkan dalam kuali.
  6. Masak menggunakan api kecil selama lima sehingga 10 minit mengikut ketebalan pizza. Tutup dengan tudung periuk. Tidak perlu letakkan minyak.
  7. Jika sukakan kerak pizza rangup, masak dahulu doh sebelum telakkan topping.
  8. Jika sukakan yang lembut dan gebu seperti roti, letakkan topping atas doh mentah dan baru masakkan. Susun topping di atas kuali kerana jika susun di luar, pizza akan berat dan susah untuk dimasukkan ke dalam kuali.
  9. Cheese akan mengambil masa tiga hingga empat minit untuk cair. Gunakan mozarella untuk dapatkan cheese tarik.
  10. Boleh juga menggunakan roti nan atau roti arab.

Kredit resipi & foto : Murni Rahmat

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x