Menggunakan kaedah yang berbeza daripada resipi nasi ayam yang lain, resipi Saiful Hadi ini nampaknya mendapat pujian menggunung daripada mereka yang pernah mencubanya di dapur. Menurut komen, disebabkan teknik rebusan ayam yang digunakan, ayam kekal berjus walau selepas digoreng. Berbeza hasilnya daripada teknik perapan yang biasa digunakan.
Malah, resipi ini cukup mudah dan ringkas, cuma yang membezakan hanyalah teknik perapan ayam.
Bahan perapan :
Ayam
Sos tiram
Kicap manis
Minyak bijan
Madu
Halia
Bawang putih
Gula
Garam
Cara :
- Masukkan bahan perapan dalam periuk dan rebus. Selepas itu masukkan ayam dan rebus bersama.
- Angkat ayam dan toskan.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sekadar untuk mendapatkan warna yang cantik.
- Jika hanya diperap, minyak gorengan akan kotor.
- Selepas itu, buat kicap nasi ayam dengan lebihan air rebusan.
Bahan Nasi :
3 sekawan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Planta / marjerin
Sedikit Pewarna kuning – pilihan
Lemak ayam – pilihan
Sup daripada rebusan ayam
Garam
Stok ayam
Bahan Sos :
Cili merah
Cili padi
Cili kering ( rebus dahulu )
Bawang putih
Tomato
Halia
Cuka
Gula
Garam
Kredit resipi & foto : Saiful Hadi