fbpx

Tak Perlu Perap Ayam, Ini Rahsia Hasilkan Nasi Ayam Super Lazat. Ayam Kekal Berjus Walau Lepas Digoreng

iCookAsia

Menggunakan kaedah yang berbeza daripada resipi nasi ayam yang lain, resipi Saiful Hadi ini nampaknya mendapat pujian menggunung daripada mereka yang pernah mencubanya di dapur. Menurut komen, disebabkan teknik rebusan ayam yang digunakan, ayam kekal berjus walau selepas digoreng. Berbeza hasilnya daripada teknik perapan yang biasa digunakan.

Malah, resipi ini cukup mudah dan ringkas, cuma yang membezakan hanyalah teknik perapan ayam.

 

Bahan perapan :

Ayam

Sos tiram

Kicap manis

Minyak bijan

Madu

Halia

Bawang putih

Gula

Garam

 

Cara :

  1. Masukkan bahan perapan dalam periuk dan rebus. Selepas itu masukkan ayam dan rebus bersama.
  2. Angkat ayam dan toskan.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sekadar untuk mendapatkan warna yang cantik.
  4. Jika hanya diperap, minyak gorengan akan kotor.
  5. Selepas itu, buat kicap nasi ayam dengan lebihan air rebusan.

Bahan Nasi :

3 sekawan

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Planta / marjerin

Sedikit Pewarna kuning – pilihan

Lemak ayam – pilihan

Sup daripada rebusan ayam

Garam

Stok ayam

 

Bahan Sos :

Cili merah

Cili padi

Cili kering ( rebus dahulu )

Bawang putih

Tomato

Halia

Cuka

Gula

Garam

Kredit resipi & foto : Saiful Hadi

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x