Penggemar Sizzling Mee Claypot wajib cuba resipi yang dikongsikan Hurun’Iin Malik ini. Caranya cukup mudah dan tidak perlu menggunakan hotplate, cukup sekadar memasak dengan peralatan dapur sedia ada.
Bahan :
1 paket Mee
5 ulas Bawang putih – cincang
1 inci Halia – hiris
Beberapa tangkai Cili kering – hiris 2, ikut kepedasan
Isi Ayam
4 biji Cendawan
Bahan kuah sos kicap :
4 sb Kicap manis
3 sb Sos tiram
1 sb Kicap pekat
Tepung jagung
Air
Cara :
- Tumis bawang putih, halia dan cili kering dengan sedikit minyak sehingga wangi.
- Kemudian masukkan isi ayam dan cendawan, masak sekali.
- Masukkan bahan sos kicap dan tepung jagung yang dicampur air mengikut kepekatan yang disukai. Selepas itu tambahkan air sehingga penuh periuk dan perasakan dengan sedikit garam.
- Untuk dihidang, tuang kuah dan isinya ke atas mee yang telah dicelur, letakkan sayur (jika ada), pecahkan sebiji telur dan tabur cili potong.
Kredit resipi & foto : Hurun’Iin Malik
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/