Resipi Talam Keladi perkongsian Raini Adnan ini cukup menyelerakan dan mudah untuk disediakan, hanya menggunakan sukatan cawan.
Bahan lapisan bawah:
3 cawan Keladi – dipotong dadu dan direbus hingga empuk.
2 cawan Tepung beras
3 sudu besar Tepung ubi
1 1/2 sudu teh Garam halus
2 sudu besar Gula pasir
4 cawan Santan sederhana pekat
Cara :
- Sediakan loyang petak berukuran 10×10 inci atau loyang bulat 10 inci. Kemudian sapukan minyak dan alas loyang dengan plastik.
- Selepas itu masukkan keladi rebus dalam loyang dan ratakan.
- Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan gula. Bancuh dengan santan sehingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan tuang dalam loyang berisi keladi tadi.
- Kukus selama 25 minit.
Bahan lapisan atas :
1 1/2 cawan Tepung gandum.
1 suku cawan Gula pasir
3 1/2 cawan Santan sederhana pekat
3 biji telur gred A @ B
1/2 sudu teh Garam halus
1 sudu besar perisa keladi
Pewarna ungu secukupnya
Cara :
- Satukan semua bahan dan bancuh sehingga sebati. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap. Pastikan sentiasa kacau adunan.
- Apabila adunan sudah naik wap, tuang ke dalam loyang keladi tadi. Garis-gariskan dahulu lapisan keladi tadi menggunakan garfu supaya lapisan atas kuih melekat dengan lapisan bawah kuih.
- Tutup loyang dengan plastik supaya permukaan kuih licin dan rata.
- Kukus selama 20 minit dan buka plastik tadi. Kemudian sambung mengukus 10 minit lagi.
- Pastikan lap penutup kukusan setiap 10 minit untuk mengelakkan air wap jatuh di atas kuih.
- Tunggu sejuk baru potong dan hidangkan.
Kresit resipi & foto : Raini Adnan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/