fbpx

Tauhu Berlauk. Buat Stok Frozen Untuk Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Tauhu Berlauk, hidangan paling sempurna untuk dihidangkan kepada anak-anak. Malah cukup sesuai dijadikan stok kudapan, kukus dan simpan untuk dibekukan.

Bahan :

Isi ayam

Tauhu telur

Tauhu petak

Daun sup

Bawang holand

Carrot

Lada sulah

Telur

Garam

Kiub ayam

Kisar isi ayam, tauhu telur, tauhu petak dan telur sampai hancur.

Tuang ke dalam bekas dan masukkan carrot, bawang holand, daun sup yang telah dicincang halus. Kemudian masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah.

Kacau sebati.

Kukus dalam acuan lompang yang paling kecik selama 10 minit.

Rupa selepas dikukus. Boleh terus dimakan.

Akhir sekali pecahkan dua biji telur, kemudian kacau dan celupkan tauhu dan goreng.

Selamat mencuba.

Padankan dengan sambal kicap. Caranya kisar cili api dengan bawang putih dan gula.

Sumber : Ainafiqa Zamina

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x