fbpx

Telur Goyang Sambal Cili Kering, Menggugat Nafsu Perut, Nikmatnya Saujana Mata Memandang

iCookAsia

Di kala masing-masing sudah mula kering idea nak masak apa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, lauk yang cukup ringkas ini cukup menggoda selera.

Bahan-bahan pun cuma yang asas jadi dapatlah berjimat sementara menunggu tamatnya waktu darurat yang melanda.

Dan yang paling best, bukan telur hancur seperti resipi lain, sebaliknya telur kuning dibiarkan kekal dalam sampul bersama adunan sambal kering. Bila nak makan, baru pecahkan di atas nasi. Nikmat apa lagi yang engkau dustakan.

TELUR SAMBAL CILI KERING

Ini menu kander tengah hari ni. Layan makan dengan nasik putih je.

Telur sambal cili kering. Perah limau, daun bawang, bawang goreng. Lepas tu renjis kicap kat nasik. Telur kuning cair²…
Ya Allah sedappp…

Nah resepi, share ramai² ye supaye orang lain pun boleh masak bawak bekal! Penat masak ni😂🤣

Mula-mula goreng cili kering sehingga sedikit garing. Nak rebus dulu pun boleh tapi kalau tak rebus pun boleh. Basuh dan bilas dan terus goreng pun tak ada masalah tapi keringkan dahulu, kalau tak nanti minyak meletup depan muka.

Lepas tu terus goreng ikan bilis dan bawang putih sehingga garing.


Ni garing. Bukan hangus…

Bila ikan bilis dah siap digoreng. Masukkan semua bahan goreng tadi ke dalam lesung batu dan tumbuk.

Tumbuk kasar dan jangan halus sangat.

Tumis sesudu sos tiram. Kalau tiada pun tak apa.

Selepas itu masukkan balik bahan yang ditumbuk tu, masukkan garam dan gula ikut kesesuaian. Sebab kander gula cili kering yang menggerutu, pedas maut. Jadi lebihkan gula sikit.

Masukkan tiga biji telur. Bila dah masukkan, telur akan mula memasak, jadi kaiskan yang putih kerana mahu bahagian kuning separuh cair. Hehe…termiss gambar masukkan telur. Ni gambar selepas 3-4minit.

Kalau tak suka kuning cair, terus kacau.

Tarik perlahan-lahan putih telur yang sudah masak. Hehe hati-hati jaga kuning tu macam jaga baby tau! Pecah dia, ceraaahhh masa depannn🤣🤣

Akhir sekali bila kuning telur sudah mencapai tahap piawaian, angkat dan letak atas telur putih yang di angkat awal tadi.

Tabur daun bawang dan wajib perah asam limau. Memang kick dia sejauh mata memandangggg

Sumber : Wan Luqman

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x