Di kala musim durian ini, mesti ramai yang turut tercari-cari tempoyak kan? Kalau ada tempoyak dan cili padi, memang makan tak ingat orang belakang dah bila makan. Namun adakah korang tahu, disebalik keenakan tempoyak ini, tersembunyi khasiat penting untuk tubuh badan.
Menurut perkongsian Taufiq Razif, tempoyak mampu mencegah penyakit kanser.
- Tempoyak mengandungi bakteria baik (probiotik) untuk kebaikan usus kanak-kanak dan orang dewasa.
- Sebaiknya tempotak terus dinikmati tanpa perlu dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya.
- Mengikut kajian, terdapata tujuh strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus dalam tempoyak dan kesemuanya mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi
- Disebabkan ia mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi, ia dikatakan mampu mencegah penyakit kanser.
- Penyakit akan mudah menyerang tubuh badan andai jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tidak seimbang di dalam perut.
- Dan tempoyak mampu berfungsi meningkatkan daya imuniti tubuh badan dan mencegah kumah jahat dalam usus.
Kredit Info : Taufiq Razif