Bahan-bahan:
4 cawan santan
1 cawan tepung beras
¾ cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tidak suka manis)
5 cawan air pandan
1 sudu besar air kapur
6 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
100gm air
120gm gula
Pelepah daun pisang diraut dan dilayur untuk dijadikan loyang kuih pelita
Cara membuatnya:
- Mula-mula lipatkan daun pisang dan bentukkan agar menjadi satu kotak kecil. Ketepikan dahulu.
- Untuk menyediakan lapisan hijau, masukkan tepung beras, gula air pandan dan air kapur ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Ketepikan dahulu.
- Untuk menyediakan lapisan putih, campurkan santan bersama tepung gandum dan garam. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.
- Untuk menyediakan air gula pekat, didihkan air bersama gula sehingga cair tanpa dikacau. Kemudian letakkan setengah sudu air gula pekat ke dalam loyang daun pisang.
- Selepas itu, masaklLapisan Hijau. Kacau tanpa henti di atas api hingga masak dan berkilat-berkilat. Setelah masak, letakkan di atas gula pekat di dalam loyang daun pisang tadi.
- Setelah itu, masak pula lapisan putih di dalam periuk. Kacau tanpa henti hingga masak dan letakkan di atas lapisan hijau.
- Sejukkan didalam peti sejuk selama 20 minit dan kuih tepung pelita sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!