fbpx

Terlalu Banyak Kutu Beras? Ini Dia Tips Penjagaan Beras

iCookAsia

Pernah tak kita tertanya dari mana datang kutu beras ni? Terlalu banyak kan kutu beras ni hidup dalam beras walaupun dalam bekas yang tertutup. Walaupun macam-macam cara kita cuba, tapi masih ada. Jadi hari ni, Admin nak share satu tips untuk penjagaan beras. Mungkin dengan cara ini, dapat membantu serba sedikit untuk mengatasi masalah ini.

Jom Admin share.

Terima kasih Munawwarah Syazwan untuk perkongsian tips penjagaan beras ini 🙂

Cara-cara:

  1. Ambil beberapa batang kayu manis dan bunga lawang, campur sahaja dalam beras, aduk-adukkan sampai bercampur dengan beras, so mana bubuk yang duduk dalam beras, menggelumpur naik ke atas disebabkan aroma pedih dari bau-bau rempah tadi.
  2. Bukan itu sahaja, boleh juga ambil beberapa tangkai cili kering dengan cara yang sama juga aduk dalam beras. (Tips ini adalah antara tips yang boleh dicuba, jika tidak menjadi, jangan risau, anda boleh cuba cara yang lain)
  3. Cara ini boleh dijadikan eksperimen ya, selain binatang-binatang lain tidak berani masuk, beras biasa pun boleh jadi beras wangi. Nak tau tak apa? Apa lagi, daun pandan. Ada petua menyatakan lipas, cicak dan kebanyakan binatang tak suka bau dari pandan.

 Korang boleh sahaja cuba mana-mana cara. Bila dah cuba, baru tau kan. Setakat yang sudah dicuba, beras masih bersih tanpa kutu beras. 

Selamat mencuba di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Munawwarah Syazwan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x