Orang kita memang hebat bab makan kan? Sebut apa sahaja jenis menu, semuanya kena dengan tekak. Jadi kali ini kita terbang ke negara K-pop untuk belajar cara menyediakan hidangan popular Rabokki.
Untuk isi di dalamnya, terpulang untuk tambahkan apa yang disukai sama ada sosej, udang, bebola atau apa sahaja yang anda mahu.
“Bila teringin nak makan kt kedai myeongdong tteokbokki tapi kat area rumah takde.. nie dah beli sesiap bahan2 die tinggal nak makan masak je.. nasib baik menjadi😜
“RABOKKI~(RAMEN + TTEOKBOKKI) name die.. siapa melayu tekak korea like sikit.
“edit : bahan2 boleh beli pasaraya jaya grocer, aeon or kt online tak silap kt mari mogo or ommason ade jual.. founder dedua melayu.
Bahan:
Daging cincang
Pes Ghocujang
Kiub ikan bilis
Kelp Jepun
Rice Teokbokki
Sosej
Samyang ramen
Kepingan keju
Cara :
1.Didihkan air bersama daging cincang. Selepas itu masukkan pes ghocujang, kiub ikan bilis dan kelp jepun.
2.Kemudian masukkan rice teokbokki, sosej, ramen samyang bersama sedikit perisa ( ikut kepedasan masing-masing).
3.Didihkan sehingga ramen masak.
4.Tutup api dan letakkan kepingan keju. Siap.
Sumber : Asilah Azmi