fbpx

Terliur Dengan Rabokki (Ramen+Tteokbokki). Nak Puas Hati, Jom Belajar Buat Sendiri Di Rumah

iCookAsia

Orang kita memang hebat bab makan kan? Sebut apa sahaja jenis menu, semuanya kena dengan tekak. Jadi kali ini kita terbang ke negara K-pop untuk belajar cara menyediakan hidangan popular Rabokki.

Untuk isi di dalamnya, terpulang untuk tambahkan apa yang disukai sama ada sosej, udang, bebola atau apa sahaja yang anda mahu.

Bila teringin nak makan kt kedai myeongdong tteokbokki tapi kat area rumah takde..  nie dah beli sesiap bahan2 die tinggal nak makan masak je.. nasib baik menjadi😜

“RABOKKI~(RAMEN + TTEOKBOKKI) name die.. siapa melayu tekak korea like sikit.

“edit : bahan2 boleh beli pasaraya jaya grocer, aeon or kt online tak silap kt mari mogo or ommason ade jual.. founder dedua melayu.

 

Bahan:

Daging cincang

Pes Ghocujang

Kiub ikan bilis

Kelp Jepun

Rice Teokbokki

Sosej

Samyang ramen

Kepingan keju

Cara :

1.Didihkan air bersama daging cincang. Selepas itu masukkan pes ghocujang, kiub ikan bilis dan kelp jepun.

2.Kemudian masukkan rice teokbokki, sosej, ramen samyang bersama sedikit perisa ( ikut kepedasan masing-masing).

3.Didihkan sehingga ramen masak.

4.Tutup api dan letakkan kepingan keju. Siap.

Sumber : Asilah Azmi

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x