Menu Terung Kukus bersama Garlic Sichuan Chilli Oil yang dikongsikan Mary Teo Lee Na cukup membuka selera. Malah cara menyediakannya cukup mudah, hanya kukus terung dan gaulkan sichuan chilli oil.
Boleh rujuk cara membuat Sichuan Chilli Oil di sini.
Bahan :
Terung
Sichuan Chilli Oil
Daun bawang – hiris
Bawang putih – cincang
Minyak bijan
Kicap cair
Sos ikan
Cara :
- Kukus terung sehingga lembut.
- Gaulkan bahan-bahan. Jika tiada sichual chilli oil, boleh gantikan dengan cili padi.
- Gaul terung bersama sos tadi.
Kredit resipi & foto : Mary Teo Lee Na
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/