fbpx

Tips Cili Kisar Dan Bawang Kisar Tahan Lama. Boleh Tahan Sehingga Sebulan. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Selalunya cili kisar jika dibiarkan lama di dalam peti ais, akan mudah berkulat. Namun terdapat cara mudah untuk memastikan cili dan bawang kisar kekal segar.

 

“Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar n bawang kisar agar tahan lebih lama

Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu..😀

Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni.”

Cara Membuat Cili Kisar :

1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci dan masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.

2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.

3. Bila telah mendidih, tutup api.

4. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.

5. Masukkan cili yang sudah dibasuh tadi ke dalam pengisar.

6. 100 gm cili kering kisar bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas). KIsar menggunakan air tapis.

7. Selepas siap, masukkan ke dalam peti ais. Boleh bertahan sehinga sebulan.

 

Cara Membuat Bawang Merah Kisar :

1. Kupas 6 biji bawang besar dan 10 biji bawang kecil. Cuci, keringkan dan hiris kecil.

2. Kisar bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh daripada jumlah bawang. Jika jumlah bawang penuh satu pengisar, masukkan minyak setengah pengisar.

3. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas dan letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan dalam peti ais. Boleh bertahan sehingga dua minggu.

 

Cara Membuat Bawang Putih Kisar :

1. Kupas 5 labu bawang putih, cuci, keringkan dan hiris kecil.

2. Kisar bawang putih bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh daripada jumlah bawang.

3. Selepas siap kisar, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan dalam peti ais. Boleh bertahan sehingga dua minggu.

 

Sumber : Ani Zam

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x