Kalau bercakap mengenai bawang ni, mesti akan ada drama menangis di dapur tu. Betul tak? Mana tidaknya, kebiasaannya mata akan sangat pedih semasa potong bawang. Tapi jangan risau, sebenarnya ada tips untuk mengelakkan menangis semasa potong bawang.
Nak tau tak? Jom.
Terima kasih Fazz Nik Far untuk perkongsian tips mengelakkan menangis semasa potong bawang ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, rendam bawang dalam air selama lebih kurang 15 minit. Pastikan tidak terlalu lama kerana ianya boleh mendatangkan bau yang busuk.
- Kalau rasa air mata dah mula bergenang, cepat-cepat pergi rendam mata dalam air pulak.
- Seterusnya, halakan kipas ke arah kita semasa proses memotong bawang supaya wap bawang tadi berkeliaran.
- Akhir sekali, sapu cuka pada tangan. Letak sedikit sahaja, kalau tidak, nanti bawang tu akan ada rasa cuka pula.
Boleh lah share dengan family ataupun kawan-kawan!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tipsi dan gambar: Fazz Nik Far(Facebook) , bonappetit(Website)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos