Kalau ke pasar, mesti wajib beli sayur kan. Mana tidaknya, tak ada lauk sayuran untuk makan tengahari, tak lengkap rasanya. Tapi ramai yang beli sayur, tak sampai seminggu dah layu sayur tu. Tak sedap dah nak makan sebab dah tak segar orang kata.
Jangan risau, hari ni Admin nak share satu tips untuk penjagaan sayur, baru lah fresh berminggu-minggu. Jom.
Terima kasih Syikin Miskam untuk perkongsian tips Untuk Sayur Kekal Lama ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, satukan semua sayuran dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah. Jangan lupa untuk tambah sedikit garam. Rendam selama 10 minit.
- Toskan selama beberapa minit.
- Seterusnya, rendamkan balik sayuran dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5 minit sahaja.
- Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.
Senang kan? Cara ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Boleh la lepas ni try cara ni untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayur yang dibeli.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Syikin Miskam(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos