fbpx

Tips Yang Sangat Berguna Untuk Masak Nasi Tanpa Ada Kerak Langsung!

iCookAsia

Kadang-kadang bila masak nasi mesti akan ada kerak pada bahagian bawah tu kan. Nak makan nasi pun jadi kurang sedap kerana rasa kekerasan kerak tersebut. Jadi, Admin nak share dengan anda semua tips dan cara yang boleh digunakan untuk hilangkan kerak nasi ini.

Jom kita try.

Terima kasih Azrul Nizam untuk perkongsian tips Untuk Hilangkan Kerak Nasi ini 🙂

Bahan-bahan:

Butter atau marjerin

Air

Beras

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, letak butter atau marjerin sikit dalam cawan.
  2. Kemudian, basuh 1 pot beras dan dibahagikan kepada 2 cawan.
  3. Letakkan sedikit air untuk bagi beras tenggelam. Seterusnya, susun cawan dalam dalam rice cooker.
  4. Tambahkan air secawan ke dalam rice cooker.
  5. Tekan butang ‘cook’ dan tunggu selama 15 hingga 20 minit sehingga nasi siap masak.

Mudah kan? Kalau nak cuci pun, tidak perlu rendam periuk nasi untuk bagi kerak tertanggal.

Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉

Kredit tips dan gambar: Azrul Nizam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x