in ,

Tukar Cara Tradisi Kuih Lepat Pada Inti Cendol. Sedap Dan Mudah Je Nak Buat…

Kuih Lepat ini secara tradisinya sendiri pelbagai jenis. Antara Kuih Lepat Pisang, Lepat Liat, Lepat Labu dan macam-macam lagi. Tapi pernahkan anda cuba buat Kuih Lepat Cendol? Kreatif betul seorang pengguna Instagram ini. 

Dah tak makan Cendol seperti biasa, tapi dibuat sebagai Kuih Lepat. Nak tahu apa rasanya? Jom cuba!

Terima kasih rusilawati.cikgu untuk perkongsian resipi Kuih Lepat Cendol ini 🙂

Bahan-bahan:

* ½ cawan tepung jagung

* 1 sudu besar tepung hoen kwe

* ½ cawan gula

* 500 ml santan

* 350ml air

1 ½ cawan cendol

Sedikit garam

Daun pisang dilayur

2 helai daun pandan

Cara membuat:

  1. Campurkan ke semua bahan bertanda (*) ke dalam periuk. Tambahkan sedikit garam untuk rasa lemak.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Masak sehingga likat. (Apabila adunan kelihatan meletup-letup di dalam periuk menandakan ia sudah masak).
  4. Tuangkan cendol ke dalam adunan. Kacau rata dan padamkan api.
  5. Tuangkan adunan ke atas daun pisang dan lipatkan.
  6. Biarkan pada suhu bilik dan simpan dalam peti.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: rusilawati.cikgu (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.