fbpx

Tukar Karipap Kentang Jadi, Karipap Berintikan Sayur. Penggemar Sayur Wajib Cuba!

iCookAsia

Kalau disebut Karipap, sudah pasti kita akan terfikir Karipap yang berintikan Kentang atau Sardin. Betul tak? Tetapi, pernah kah anda dengar Karipap Sayur? 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, bertukar selera Kuih Karipap dengan meletakkan pelbagai inti sayur. Haa, buat anda yang boleh makan sayur tu mungkin boleh cuba resepi ini pula di rumah?

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Karipap Sayur ini 🙂

Resepi Kulit Karipap

2 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung beras

1 sudu besar planta

5 sudu besar minyak masak

Garam

Air sejuk ais secukupnya

Caranya:

  1. Uli hingga menjadi doh. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. Canaikan dan letak inti. 
  3. Kemudian, goreng hingga masak. 

*Minyak dan Planta tak perlu panaskan.

Inti sayur

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis, lada hitam hingga naik bau.
  2. Masukkan sayuran taugeh, carrot, daun sup. Perasakan garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x