in ,

Ubah Cara Tradisional Kuih Ketayap. Dari Warna Hijau Ke Corak Polkadot. Comel Je.

Kuih Ketayap ini menjadi kegemaran ramai orang. Secara tradisionalnya, luarnya berwarna hijau kan? Tetapi menariknya resipi kali ini, Admin kongsikan daripada seorang pengguna Facebook yang membuat Kuih Ketayap versi corak Dot-Dot atau Polkadot. Comel betul. Kalau dihidang kepada anak-anak, pasti mereka suka!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap Dot-Dot ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 biji telur gred B

3 1/2 cawan santan sederhana cair

Secubit garam

Pewarna ikut suka

Cara membuat:

  1. Blend semua bahan-bahan sampai hancur halus.
  2. Asingkan sedikit adunan. Warnakan dan tuang ke dalam piping bag kecil.
  3. Panaskan kuali dan sapu nipis minyak. Kemudian, dot dot kan adunan tu dalam kuali.
  4. Tuang 1 senduk adunan atas dot-dot tadi (lenggangkan). Apabila sudah masak, angkat dan ulang sehingga habis adunan.

Bahan Untuk Inti Kelapa:

1 biji kelapa parut putih

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1 1/2 cawan air

2 helai daun pandan 

1 sudu besar tepung ubi

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Masak air dan gula-gula sampai larut.
  2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam. Kacau-kacau rata.
  3. Agak-agak nak kering sikit, masukkan tepung ubi. Kacau-kacau sebati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0