Tengok gambar pun sudah buatkan terliur. Inginkan kelainan untuk buat udang salut tepung, resipi perkongsian Nurhidayati Yati ini diambil daripada TLC di mana adunan tepung menggunakan tepung beras, telur, serbuk kelapa dan serbuk roti.
Manakala dipadankan dengan sos yang diadun bersama yogurt, kunyit dan garam.
“Gara2 tengok channel TLC mlm td🤭.pelik tengok dia buat sos guna yogurt + kunyit + garam.udang tu dia tabur tepung beras celup dlm telur pastu gaul ngn serbuk kelapa+breadcrumb.sedap rupenye wehh😋😋…selalu buat ngn tepung bestari ja senang.”
Bahan Salutan :
Udang
Tepung beras
Telur
Serbuk kelapa
Serbuk roti
Cara :
- Taburkan udang dengan tepung beras, kemudian celupkan ke dalam telur.
- Selepas itu, gaulkan dengan serbuk kelapa dan serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
Bahan sos :
Yogurt
Kunyit
Garam
Cara :
- Gaulkan semua bahan dan siap untuk dihidang
Sumber : Nurhidayati Yati