fbpx

Udang Salut Tepung, Bukan Resipi Biasa. Padankan Adunan Yogurt Untuk Sos

iCookAsia

Tengok gambar pun sudah buatkan terliur. Inginkan kelainan untuk buat udang salut tepung, resipi perkongsian Nurhidayati Yati ini diambil daripada TLC di mana adunan tepung menggunakan tepung beras, telur, serbuk kelapa dan serbuk roti.

Manakala dipadankan dengan sos yang diadun bersama yogurt, kunyit dan garam.

“Gara2 tengok channel TLC mlm td🤭.pelik tengok dia buat sos guna yogurt + kunyit + garam.udang tu dia tabur tepung beras celup dlm telur pastu gaul ngn serbuk kelapa+breadcrumb.sedap rupenye wehh😋😋…selalu buat ngn tepung bestari ja senang.”

Bahan Salutan :

Udang

Tepung beras

Telur

Serbuk kelapa

Serbuk roti

 

Cara :

  1. Taburkan udang dengan tepung beras, kemudian celupkan ke dalam telur.
  2. Selepas itu, gaulkan dengan serbuk kelapa dan serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.

 

Bahan sos :

Yogurt

Kunyit

Garam

 

Cara :

  1. Gaulkan semua bahan dan siap untuk dihidang

Sumber : Nurhidayati Yati

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x