in ,

Untuk Yang Pertama Kali Nak Masak Patin Tempoyak, Cuba Guna Resepi Ini. Confirm Menjadi dan Sedap!

Memasak memerlukan latihan dan jangan pernah putus asa. Ada yang takut mahu cuba sesuatu masakan kerana dianggap masakan itu susah. Macam hidangan patin masak tempoyak ini. Ada juga yang baru sahaja berjinak-jinak mahu cuba tapi takut tidak jadi. 

Jangan risau, jom cuba buat perkongsian resipi di bawah. Beliau juga first time memasak lauk ini. Menjadi dan sedap pula tu! Ada juga pengikut yang lain mencuba, hasilnya juga sedap!

Terima kasih Norshuhada Ada untuk perkongsian resipi Patin Masak Tempoyak ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan patin

Timun

Cabai melaka

Asam keping

2 sudu besar Tempoyak

Kunyit hidup

Air

Garam secukupnya

Ajinomoto secukupnya

Cara memasak:
1. Basuh ikan patin untuk hilangkan hanyir.
2. Kisarkan kunyit hidup, cabai melaka, tempoyak dan air.


3. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan perasa garam dan ajinomoto, jangan lupa campak asam keping.


4. Apabila sudah menggelegak/ mendidih, boleh letak ikan patin. Timbuk-timbuk sahaja dan jangan kuat sangat kacau nanti hancur. Kemudian baru masukkan timun.


5. Agak-agak dalam 15 minit, sudahh masak dan siap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norshuhada Ada (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0