in

Durian Crepe Menggunakan Durian D24 Sedap Betul !

Anda dah puas makan durian ke tu? Campuran krim, isi durian segar dan kulit ‘pancake’ nipis ini pasti akan memberikan memberikan kepuasan yang baru pada anda. Senang je nak buat sendiri di rumah.

Resipi dan suara latar daripada Chef Lin.

Bahan Kulit:
1 biji telur
40ml susu segar
150ml air
1 sudu kecil minyak
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor

Bahan Inti:
200ml susu segar
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
100g isi durian, dikisar halus
100ml krim putar bukan tenusu

Cara Membuat:
1. Untuk inti: Masak susu, gula dan tepung kastard atas api perlahan sehingga pekat.
2. Padamkan api, masukkan isi durian dan kacau sebati. Biar sejuk.
3. Pukul krim putar sehingga kental. Isikan ke dalam beg aising. Letak di dalam peti sejuk.
4. Untuk kulit: Kacau telur, susu, air, minyak, vanila dan pewarna kuning sehingga sebati.
5. Ayak semua tepung ke dalam adunan.
6. Masukkan gula dan kacau rata.
7. Tapiskan ke dalam mangkuk. Buat dadar nipis sebanyak 8-10 keping.
8. Picitkan krim di tengah dadar, sudukan inti kemudian tutup dengan krim.
9. Lipat kemas dan sejukkan sebelum dihidangkan.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0