fbpx

Waffle Ice Cream Rangup Versi Air Fryer. Resipi Wajib Buat.

iCookAsia

Selalunya yang menjadi kekangan ibu-ibu apabila memasak di dapur ialah tiada kelengkapan memasak yang lengkap. Namun kini banyak resipi telah diolah dan dipelbagaikan mengikut kesesuaian, jadi lebih mudahlah nak menikmati sesuatu di rumah bila teringin kan?

Macam waffle, bukan murah nak beli pembakar di kedai, lagipun tak berbaloi kerana jarang sekali nak menggunakannya. Jadi Arefieza Abu Bakar berkongsi cara paling mudah menyediakan Waffle menggunakan Air Fryer. Acuan boleh dibeli secara online.

Campuran tepung yang digunakan sebagai alternatif kepada tepung kek yang agak mahal. Jika tidak, boleh terus menggunakan tepung kek satu cawan.

 

Bahan :

1 biji Telur

1 cawan Tepung – 3/4 tepung gandum & 1/4 tepung jagung

Secubit garam

1/2 sudu kecil Tepung penaik (soda bikatbonat)

1 cawan Susu  boleh gunakan susu tepung anak/ fresh milk

1 1/2 sudu besar Gula

1/6 cawan Minyak

1/2 sudu kecil Esen vanila / Serbuk pala / Serbuk kayu manis

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan.
  2. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 10 minit pada suhu 180-190c.
  3. Jika sukakan sedikit garing, keluarkan waffle yang siap dibakar daripada acuan dan bakar lagi dalam 2 hingga 3 minit.

Kredit resipi & foto : Arefieza Abu Bakar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x