fbpx

Ayuh Kita Belajar Resepi Sahur Yang Mudah, Cepat Dan Lazat Bersama Chef Azreen!

Bulan Ramadan adalah antara bulan yang dinantikan seluruh umat Islam. Penuh dengan keberkatan dalam bulan ini. Bukan itu sahaja, semua yang di luar sana mesti dah pening berfikir, nak masak apa untuk sahur selama 30 hari kan. Masak lemak dah, sambal pun sudah. Aduh pening pening.

Tapi, sebenarnya ada je resepi yang cepat, mudah dan sedap boleh dibuat. Haa lengkap. Tak perlu bangun tengah malam nak prepare. Yelah, sebab semua penat balik kerja. Dengan ada resepi mudah ini, dapat senangkan kerja.

Kali ini, pada 25 Mac 2023, Ayam Brand akan mengadakan satu sesi FB Live Dapur Ramadan Ayam Brand – Resipi Sahur Mudah dan Lazat kepada anda semua di mana anda dapat menyaksikan dengan sendiri Chef berpengalaman kita, nak tunjuk cara masak resipi sahur yang sangat mudah. Menarik kan! Lagi best, semasa sesi live ini berlangsung, seramai 5 orang yang bertuah akan dipilih untuk menerima voucher Shopee berjumlah sehingga RM500 tau!

Sambil belajar resepi baru Sahur, ada peluang untuk menang pula tu.

Tak perlu fikir panjang, jom lapangkan waktu anda dan join sesi FB Live ini!

Untuk info lebih lanjut, klik sahaja link di bawah ini:

https://fb.me/e/47u3cWy7D

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x