Skip to content Skip to footer

Brunei

Stories from Brunei

Radisson Hotel Brunei Juara First World Halal Culinary Championship
Diketuai Chef Ahmad Sandi Jauhari, Radisson Hotel dari Brunei menjuarai First World Halal Culinary Championship dengan jumlah markah 84.9. Pasukan ini turut memenangi Hidangan Pembuka Selera Terbaik dan Hidangan Utama Terbaik. Menurut Chef Ahmad, walaupun punya masalah kekurangan air dan bahan sewaktu saingan, namun kerjasama padu antara pasukan penyebab utama kejayaan. “Ini merupakan pencapaian terbaik kami dan…
World Halal Culinary Championship 2019 – Cabaran Kotak Hitam Menanti Finalis
Mengambil lokasi di International Convention Center, Brunei Darussalam, World Halal Culinary Championship 2019 sebahagian daripada BIMP-EAGE Culinary Challenge memasuki hari kedua pertandingan. Diadili berdasarkan persembahan, cara penyediaan dan rasa menggunakan bahan yang tersedia, peserta mempersembahkan pelbagai teknik dan method bagi menonjolkan kehebatan dengan had masa dua jam yang diberi. Hari kedua menyaksikan lapan kumpulan termasuk Hotel…
12 Chef Profesional Rebut Gelaran World Halal Culinary Championship 2019 Di Brunei
Buat julung kalinya, World Halal Culinary Championship 2019 turut mengambil bahagian dalam BIMP-EAGE Culinary Challenge di International Convention Center, Brunei Darussalam dan bakal menampilkan 12 chef profesional daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand bagi merebut gelaran juara pada 10 hingga 12 November ini. Dengan had masa dua jam untuk penyediaan bahan dan proses memasak tiga…
EKO KAMPUNG CULINARY 2016 : Peraduan Recipe & Masakan
Eko Kampung Cuisuine 2016 telah diadakan pada pada 27 Ogos 2016 bertempat di Eco Ponies Garden, Lamunin , Tutong dengan tema resipi berasaskan bunga dan herba tempatan. Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Wardi bin Hj Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Beliau juga telah melancarkan Laman Web iCook Asia Brunei. Laman iCook Asia adalah video No.1 dalam saluran resipi di Malaysia kini melebarkan sayapnya ke Negara Brunei Darussalam, dengan melancarkan iCookAsia Brunei yang boleh dilayari di www.icookasia.com/bn bertujuan untuk mempromosikan makanan Brunei tempatan, dan untuk menjadi hab bagi tukang masak, tukang masak, pencinta makanan, YouTube, dan penulis blog khas untuk penduduk di Negara Brunei Darussalam. Dalam pertunjukkan Demo masakan, seramai 5 CHEF telah menunjukkan resipi dan seorang tetamu jemputan; mereka ialah: 1) Chef Dr Shahrim yang dijemput khas dari Malaysia, dengan mengunakan herba-herba dan bunga beliau mengenalkan resipi Nasi Kerabu Nyonya Beliau juga adalah ketua juri bagi Peraduan Masakan. 2) Chef Rezal, Ketua Chef Rizqun International Hotel dibantu oleh Chef Shahrul telah memberi 2 resipi ; Kueh Keria dan Pengat Ubi Kayu   3) Chef Seri dibantu oleh Chef Syokrin telah menyediakan Tart Rambutan dan Durian Puff. 4) Pengarah Besar RBC Sdn Bhd, Awg Ahmad Husaini Hassan juga telah menunjukkan satu resipi secara spontan; Kerabu Jantung Pisang dan Pucuk Paku bersama Air Kelapa.