fbpx

Cara Simpan Daun Ketumbar Dengan Betul. Tahan Sampai 1-2 Minggu.

iCookAsia

Kalau beli sayur-sayuran di pasaraya atau kedai runcit, bukan boleh dibeli secara sedikit. Kadang-kadang, dijual pada satu ikat. Contohnya, daun ketumbar. Daun ketumbar bukannya digunakan secara banyak dalam suatu masakan. Jadi tidak lah menggunakan banyak batang. 

Jadi, untuk simpan lebihan daun ketumbar untuk digunakan pada masakan yang lain dalam tempoh 1-2 minggu, anda perlu ikut dan cuba tips daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak segar je daun ketumbarnya tau. 

Terima kasih Noorfa Eyza untuk perkongsian tips simpan daun ketumbar ini 🙂

Caranya:

  1. Potong akar ketumbar dan letak dalam bekas asing. Pastikan bahagian akar sahaja kena pada air. Kalau bahagian batang terkena air, akar ketumbar akan rosak. Tukar air bila warna sudah berubah. 
  2. Daun ketumbar yang dipotong tadi masuk dalam bekas apa-apa pun boleh, air letak bahagian batang sahaja jangan terkena air pada daun. Nanti rosak, pastikan masukkan air dahulu sebelum masukkan daun ketumbar tadi.

*Untuk elakkan daun ketumbar terkena air, pastikan daun ketumbar kering. Balut dengan plastik dan letak dalam peti ais. 

*Tukar air 2 hari sekali atau bila air sudah berubah warna. Lagi kerap tukar, lagi bagus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noorfa Eyza (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x