fbpx

Gunakan Daun Pandan Untuk Buat Pulut Sekaya. Lebih Harum Dan Tak Perlu Guna Pewarna.

iCookAsia

Rasa lemak manis Pulut Sekaya atau Seri Muka memang cukup enak. Cara nak membuatnya juga agak mudah. Dan untuk perkongsian resipi kali ini, daun pandan digunakan bagi mendapatkan adunan warna hijau, jadi tak perlu lagi gunakan pewarna tiruan. Dan memberikan aroma yang lebih wangi dan sedap.

Terima kasih Noor Suhaida atas perkongsian resipi.

 

Bahan Pulut :

2 cawan Beras pulut

1 cawan Santan pekat

1 cawan Air

1 1/2 sk Garam

 

Cara :

  1. Basuh dan rendam pulut selama dua jam. Kemudian campurkan semua bahan dan kukus selama 30 minit.
  2. Selepas masak gemburkan pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lapik loyang dengan plastik atau baking paper. Tekan dan padatkan pulut menggunakan loyang bersaiz 8’x8’ atau 9’x9’.

 

Bahan Atas :

10 helai Daun pandan*

1 ulas Bawang putih*

Sedikit kulit kayu manis*

1 cawan Air*

3 biji Telur

1 1/4 cawan Santan pekat

3/4 cawan Tepung gandum

3/4 cawan Gula

 

Cara :

  1. Kisar bahan bertanda * dan tapis. Jadikan satu cawan air pandan.
  2. Campurkan semua bahan termasuk air pandan dan kisar sehingga sebati. Tapis dalam periuk dan masak selama 3 minit sehingga naik wap.
  3. Kemudian tuang adunan ke atas pulut dan kukus selama 45 minit.
  4. Tunggu sejuk dalam enam jam dan baru potong untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Noor Suhaida

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x