fbpx

Ini Dia 8 Cara Dan Tips Untuk Menghasilkan Telur Dadar Yang Gebu Gebas.

iCookAsia

Hidangan Telur Dadar sangat simple. Buat sekadar alas perut, bersama Nasi putih pun dah cukup. Tapi paling popular dijadikan hidangan sampingan bersama Tomyam Campur di restoran Thai. Dapat pula Telur Dadar yang rangup tapi Gebu. 

Jom Admin nak kongsikan 8 cara untuk dapatkan hasil Telur Dadar yang gebu. Anda boleh cuba salah satu tips ini mengikut citarasa dan selera anda sendiri tau. 

Terima kasih Liza Hamdi untuk perkongsian tips ini 🙂

Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas:

  1. Semasa pukul telur tu, pastikan pukul lama-lama. Maksudnya, mula-mula pukul telur tu dulu. Nanti masa kita goreng telur tu dalam kuali, telur tu akan naik dan kembung cantik je. Lepas telur dah betul-betul kembang dengan jayanya, barulah kita masukkan bawang besar dan cili merah.
  2. Masa pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit air. Selepas itu, baru pukul telur tu sampai kembang.
  3. Sebelum goreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan telur.
  4. Tambah satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas tu pukul sampai sebati dan kembang. 

“Tips ni pun Cik Li pernah buat. Memang betul, nanti telur akan jadi gebu, lembut, lemak dan bertambah sedap.”

  1. Selepas anda sudah siap pukul telur tu sampai kembang,  tapiskan sebab nak tapis buih-buih yang ada pada telur. Dah siap, barulah kita masukkan bahan-bahan lain.
  2. Masa nak tuang pun ada caranya tau. Caranya, tuang telur tu dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dulu dan tunggu telur sampai masak sebelum terbalikkan.
  3. Masa pukul telur tu, tambahkan air perahan limau nipis. Selepas itu, pukul hingga rata dan sebati.
  4. Selain itu, semasa nak pukul telur tu, tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan tersebut. Kemudian, pukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar lebih sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Liza Hamdi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x