fbpx

Kalau Tiada Oven, Boleh Je Bakar Atas Api Untuk Buat Bingka Jagung Ini. Sedap Je Bau.

iCookAsia

Kuih Bakar atau Kuih Bingka Pandan, kuih yang kaya dengan haruman yang wangi apabila sudah siap dibakar. Ditambah dengan biji bijan yang ditabur di atas kuih ini lagi menjadi penambah rasa sedap pada kuih bakar. Tetapi, ada tak di antara kalian yang sedang membaca ini teringin untuk membuat tetapi tiada ketuhar? 

Jangan risau, disini Admin kongsikan resepi Kuih Bingka Jagung yang boleh anda bakar di atas api biasa sahaja. Bukan Bingka Jagung sahaja tau, Pandan boleh, perisa lain pun boleh. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Bingka Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan+200ml santan

¾ cawan gula

2 biji telur

3 sudu besar kordial jagung(klu nk guna jagung fresh pun boleh)

Secubit garam

Bijan(utk hiasan)

Cara membuat:

  1. Blender semua bahan sehingga sebati.
  2. Panaskan oven suhu 180.
  3. Sapu sedikit marjerin di loyang dan kemudian tuang adunan dan taburkan bijan.
  4. Selepas itu, bakar selama 1 jam atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.

*Kalau nak guna dapur gas, api buka habis perlahan dan masa sama juga. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x