fbpx

Kuih Sagumpal. Penuh Rasa Lemak, Manis Dan Masin. Resipi #Ramadan.

iCookAsia

Kuih Sagumpal ini punya banyak nama, ada yang memanggilnya sagupal, kuih asam guppa atau asam gumpal. Dan ada yang semata-mata menggunakan sagu, namun ada juga yang meletakkan inti kacang hijau di dalamnya, ikut selera masing-masing.

Untuk kuah santan pula, ada yang meletakkan buah Nangka yang dicarik ke dalamnya bagi memberikan rasa yang lebih manis.

 

Bahan :
Sagu
Santan
Halba
Daun pandan
Air panas mendidih

 

Cara :

1. Sagu dicampurkan dengan air panas dan di gaul rata. Kacau dengan sudu ya.

2. Selepas itu, tunggu sehingga suam dan bolehlah dibulat-bulatkan. Pastikan tangan selalu dicelupkan ke dalam air sebelum bulatkan sagu supaya sagu tidak melekat. Kalau nak letakkan inti, leperkan sagu dan masukkan inti dan kemudian bentukkan bulat semula.

3. Kemudian rebus sagu dengan air mendidih. Didihkan air dahulu dan baru masukkan sagu. Tutup periuk. Apabila sagu mula terapung, tos sagu dan letakkan dalam bekas berisi air.

4. Cara buat kuah santan. Masak santan seperti biasa, masukkan halba, daun pandan, garam dan gula. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berketul. Bila santan sudah mula mendidih, masukkan sagu tadi. Tos dulu ya sagu.

5. Masak sagu sehingga mendidih dua kali supaya tidak mudah basi.

Sumber : Dhieyla Mahmud‎

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x