Pada bulan puasa ini, juadah kuih-muih ini memang tidak boleh kita lepas kan. Paling gemar untuk kita makan pada waktu berbuka nanti. Selalu dijadikan sebagai pencuci mulut, selepas berbuka atau pun berbuka dengan kuih-muih itu sahaja. Bukan ke sunnah berbuka dengan benda-benda manis? 😉Â
Haa, daripada anda beli di luar tu. Apa kata belajar buat sendiri di rumah. Jimat masa dan wang. Tak perlu beli dah. Buat satu tray di rumah, mungkin boleh tahan 2 hari kalau disimpan dalam peti ais?Â
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Pandan ini 🙂
Bahan A (Lapisan bawah)
300 gm pulut
200 ml santan pekat
200 ml santan cair
1 sudu kecil garam
Caranya: Kukus pulut selama 20 minit dalam loyang bersaiz 8 x 8. Sapu sikit minyak dan lapik dengan plastik.Â
Bahan B (Lapisan atas)
110 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
150 gm gula pasir
2 biji telur
200 ml santan pekat
200 ml air pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Caranya:
- Tapis adunan dan masukan ke dalam periuk. Wapkan agar sedikit pekat atau naik bau pandan.
- Campurkan sedikit air kapur jernih (untuk kenyal pada lapisan atas).
- Kukus 20 minit lagi. Setelah masak, sejukkan baru boleh potong.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/