fbpx

Pulut Kuning Style Negeri Kelantan. Resepi Ini Sesuai Untuk Anda Yang Baru Nak Belajar Masak.

iCookAsia

Pulut Kuning ini dibuat menggunakan cara orang di negeri Kelantan. Kata pengguna Facebook ini, pulut kuning ini mempunyai campuran rasa manis, masin dan lemak yang bersantan. Jika di lihat pada gambar nya pun dah tahu, memang sedap! Makan bersama rendang ayam atau daging, lagi la bertambah sedap. 

Terima kasih Ismi Aishah untuk perkongsian resipi Pulut Kuning ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut

1 ½ cawan santan pekat

1 sudu besar garam kasar

2 sudu besar gula

Bahan sampingan:

pewarna kuning telur

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 keping asam keping/gelugur

Cara membuat:

  1. Basuh sehingga bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.

2. Kukus pulut selama 30 minit. Anda boleh buka, kacau dan balik kan supaya pulut masak sekata. 

*Untuk memberi aroma yang wangi, boleh letakkan daun pandan.

  1. Kacau garam dan gula bersama santan sehingga larut. 

*Anda boleh rasa dahulu santan ikut selera masing-masing dan masukkan ke dalam pulut yang baru diangkat. Kacau atau arung pulut menggunakan sudip hingga rata.

  1. Selepas itu, masukkan semula pulut dalam kukusan dan kukus selama 15 minit.
  2. Kemudian, boleh masukkan ke dalam loyang atau acuan mengikut gaya masing-masing dan pilihan anda. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ismi Aishah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x