fbpx

Resepi Kuzi Ayam, Makanan Tradisional Negeri Cik Siti Wan Kembang

iCookAsia

Kuzi ayam merupakan masakan tradisional dari negeri Kelantan. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti jala, roti biasa, dan macam-macam lagi. Nampak macam kari ayam tapi rasa dan teknik masakannya berbeza tau. Jom kita tengok resepinya.

Terima kasih saudari Hana Rahman atas perkongsian resepi dan foto.

BAHAN-BAHAN

1ekor ayam

1 kilo bawang merah

1 tin susu cair

1 1/2 liter air tapis.

1 botol sos tomato del monte

1/2 tin kecil tomato puree (atau ikut kesesuaian kemasaman yg disukai)

4 sudu rempah kuzi

2 inci kulit kayu manis,  2 kuntum bunga lawang, 2 biji pelaga hindi, 3 kuntum cengkeh

3 sudu kismis

1 paket zafron

2 inci halia

2 sudu buah badam/kacang tanah pun boleh

Sedikit gula

Sedikit garam

CARA-CARA

  1. Potong ayam 20 ketul, perap dengan halia tumbuk, garam dan zafran. Biarkan selama sejam.  
  2. Hiris bawang merah, goreng dalam minyak banyak,  jangan terlalu garing, bila nampak hampir kuning angkat.  Bawang akan garing dgn minyak yg  masih panas yg melekat pada bawang.
  3. Toskan kemudian blend guna mesin kering.
  4. Minyak yang sama, goreng ayam, kalau perlu tambah 2 sudu minyak sapi untuk elak ayam dari melekat. Goreng separuh masak.
  5. Toskan, dalam minyak yang sama goreng kismis dan badam.
  6. Panaskan sedikit minyak baru dlm kuali lain, tumis kulit kayu manis, dan yang lain.
  7. Bancuh rempah kuzi dgn sedikit air.
  8. Bila naik bau wangi  bahan tumis tadi, masukkan rempah. kacau hingga sebati dan wangi. Guna api perlahan. Bila wangi, matikan api.
  9. Dalam periuk lain yang agak besar, masukkan susu cair, bawang goreng blend, tomato puree, sos tomato, air, kacau hingga tiada ketul.
  10. Masukkan rempah yg ditumis tadi, kacau sebati.
  11. Hidupkan api, masak hingga menggelegak, bila wangi, masukkan ayam goreng.
  12. Masukkan badam, garam, gula, kismis. Boleh tambah gula dan garam jika perlu. Biarkan sekejap atas api perlahan. Siap. 

Teknik dan bahan yang digunakan memang berbeza dengan kari ayam. Selamat mencuba!

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x