in ,

Roti Inti Sardin Cara Pattaya. Nak Lagi Sedap, Letak Inti Yang Lain Mengikut Citarasa Sendiri.

Selalu dengar masakan nasi sahaja yang dihidang cara pattaya dimana nasi goreng dibalut dengan telur. Dihias dengan sos cili atau tomato, memang sedap dimakan panas-panas. Setuju?

Tetapi, perkongsian resipi kali ini berlainan dimana pengguna Facebook ini menggunakan teknik hidangan pattaya tetapi menggunakan roti dan inti sardin. Kreatif kan? Hasilnya pun cantik dan sedap. 

Terima kasih Bonda Nora untuk perkongsian resipi Roti Inti Sardin Ala Pataya ini 🙂

“Hari ini first try buat roti inti sardin ala pataya yang depa duk viral tu…alhamdulillah…menjadi…inti tu rasanya kita boleh ja letak inti apa kita sukakan…macam inti karipap tu ke kan…”

Bahan-bahan:

Inti sardin tin kecil

Bawang besar (dipotong dadu)

Cili hidup (dipotong kecil-kecil)

Air asam jawa sedikit 

Garam sedikit

Cara memasak:
1. Masak bahan-bahan ini atas api dahulu.

“Kalau tak mahu masak pun tak apa… Ikut suka la kan…”

2. Ketepikan, dan pukul 2 biji telur dan masak seperti biasa. Ratakan pada permukaan kuali (besar).

3. Letak roti dan sardin pada permukaan roti. Tutup dengan roti lain semula.



4. Kemudian, lipat lebihan telur daripada saiz roti tersebut. Terbalikkan.
5. Angkat bila sudah sedikit garing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Bonda Nora (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0