in ,

Selalu Minyak Terpercik Ketika Menggoreng Ikan? Ini Dia Tips Untuk Mengelakkannya

Selalu kita akan tengok proses menggoreng ikan di mana mesti minyak akan terpercik ke arah kita, jadinya ia juga membahayakan kita tanpa sedar. Tapi disebabkan sudah biasa di dapur, ramai antara kita chill je ketika menggoreng ikan. Tapi Admin nak share dengan korang mengenai satu tips untuk mengelakkan minyak daripada terpercik ke arah kita semasa menggoreng. Fuh baru la rasa selamat sikit kan hehe…

Jom Admin tunjuk.

Terima kasih Hasmaiza N Zulkifli untuk perkongsian tips mengelakkan minyak daripada terpercik ketika menggoreng ikan ini 🙂

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, bersihkan ikan menggunakan limau nipis atau limau kasturi, garam dan cuka makan. Basuh sehingga bersih beserta hilang lendir-lendir sehingga kulit ikan rasa kesat.
  2. Gaulkan garam dan kunyit. Biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, tunggu minyak betul-betul panas dan masukkan asam keping.
  4. Lumurkan ikan dengan sedikit tepung beras untuk mengelakkan ikan jadi menggerutu. Bukan itu sahaja, ia untuk mengelakkan ikan berkerut dan tidak meletup serta tidak melekat di kuali sewaktu menggoreng.
  5. Seterusnya, goreng ikan sehingga garing.
  6. Akhir sekali, sudah boleh dihidangkan bersama dengan kuah sambal ataupun sambal cili api.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Hasmaiza N Zulkifli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.